• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Kai EXO Dilantik Duta Global Korea Pertama Jenama Gucci

Ahli kumpulan EXO, Kai mencipta sejarah tersendiri apabila bergelar selebriti pertama Korea Selatan yang dilantik sebagai duta global jenama mewah antarabangsa Gucci.

Kai dilantik sebagai model untuk kempen terbaharu koleksi kaca mata Gucci untuk musim luruh dan sejuk 2019.

Kini nama Kai tersenarai sebaris dengan pelakon kelahiran China, Ni Ni dan pemuzik British, Harry Styles yang turut bergelar duta global untuk jenama terkenal yang berasal dari Itali.

Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele berkata dalam satu kenyataan, pelantikan Kai adalah berasaskan kepada ekspresi wajah Kai yang cukup sesuai untuk dijadikan sebagai model untuk jenama mereka.

“Dalam setiap foto yang diambil, duta kami diberikan kebebasan untuk menterjemahkan nilai-nilai individualiti yang mereka percayai dan Kai mempunyai wajah yang cukup memberikan imaginasi kepada produk kami,” katanya.

Kai merupakan seorang peminat setia jenama Gucci malah dia sering diundang menghadiri majlis pertunjukan fesyen Gucci dengan menjadi antara salah seorang daripada selebriti yang menduduki barisan hadapan penonton sejak tahun lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend