Cerita ArtisHiburan

Karier Seni As’ad Motawh Semakin Berkembang Di Indonesia

Pernah dikritik hebat gara-gara tampil dengan suara yang agak teruk ketika menyanyi dalam sebuah program hiburan di Indonesia tidak lama dahulu, ia langsung tidak melemahkan semangat penyanyi As’ad Motawh.

Penyanyi berusia 17 tahun itu berkata, namanya kini semakin diterima di Indonesia dan terbaharu dia dipilih menjadi hos program hiburan Inbox di negara berkenaan.

“Ketika ini setiap minggu saya perlu berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta untuk komitmen saya sebagai hos untuk program Inbox.

“Apabila mendapat peluang sebegini, ia seharusnya tidak dilepaskan biarpun kali pertama mengacara kerana ia mampu menjadi batu loncatan untuk lebih dikenali di sana,” ujarnya.

Sebelum ini, nama penyanyi itu menjadi tular gara-gara tidak mampu membawakan lagu Asal Kau Bahagia nyanyian Armada Band sewaktu kemunculan dalam sebuah program di Indonesia.

Selain ditawarkan menjadi pengacara, As’ad juga memberitahu dia turut mendapat banyak nyanyian serta tawaran berlakon filem.

Bagaimanapun, dia terpaksa menolak tawaran sebuab tawaran yang diterima memandangkan terpaksa menumpukan kerjaya nyanyiannya di negara ini.

“Selepas muncul dalam program itu, saya terus ditawarkan berlakon dalam filem seram oleh Raffi Ahmad dan membawakan watak utama.

“Cuma saya terpaksa tolak tawaran tersebut kerana jadual agak padat. Lagipun saya perlu berada di sana selama tiga bulan,” ujar penyanyi yang popular menerusi lagu Senyum itu.

Dalam pada itu, As’ad memberitahu pada 18 Mac ini dia akan terlibat untuk membuat persembahan di Karnival Usahawan Muda Malaysia 2018.

“Semasa di karnival tersebut saya akan menyampaikan dua buah lagu dan ia turut dimeriahkan dengan beberapa penyanyi lain seperti Ismail Izzani, Ariff Bahran dan Haziq Putra Band.

Karnival Usahawan Muda Malaysia 2018 akan berlangsung di Tapak Parkir Kereta bersebelahan dengan Kompleks Beli-Belah Ampang Point bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam – KopiPlanet.com.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button