• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Keanu Reeves Tayang Teman Wanita Di Majlis Karpet Merah

Sepanjang memulakan kerjayanya sejak 35 tahun dahulu, ini merupakan kali pertama pelakon gred A Hollywood, Keanu Reeves, 55, menampilkan teman wanitanya menerusi sebuah majlis keraian, Lacma Art + Film Gala yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Menerusi acara itu, Keanu dilihat berpegangan tangan dengan kekasihnya, seorang pelukis, Alexandra Grant, 46, yang hadir menggayakan gaun biru gelap.

Bintang filem Matrix itu sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Jennifer Syme namun kekasihnya itu meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2001.

Sejak itu, Keanu tidak pernah dilihat berpacaran dengan mana-mana wanita namun ada khabar angin mendakwa dirinya pernah dikaitkan bercinta dengan aktres gandingannya dalam filem Speed, Sandra Bullock dan Amanda De Cadenet. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend