• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Kejayaan & Populariti BTS Jadi Bahan Kajian Harvard Business School

Populariti memuncak yang diraih kumpulan BTS dari seantero pelusuk dunia menjadi antara bahan kajian universiti berprestij dunia, Harvard Business School baru-baru ini.

Harvard Business School membuat ‘case study’ yang mana menganalisa dan mengkaji strategi kejayaan kumpulan itu yang dirangka oleh agensi pengurusan mereka, Big Hit Entertainment.

Kajian yang mengandungi 22 muka surat itu menelaah strategi pemasaran yang dilakukan syarikat pengurusan itu dalam memasarkan artis mereka ke seluruh dunia.

Kajian itu mendapati sistem latihan serta pengurusan yang tegas berjaya membentuk kejayaan artis di bawah naungan mereka.

Menurut pengasas Big Hit Entertainment, Bang Si Hyuk, “Kami di sini sentiasa mengkaji keberkesanan sistem pengurusan selain cuba mencari keunikan dalam setiap diri individu artis itu sendiri agar ia dapat diketengahkan.”

>Baca: Hyori, YoonA Mohon Maaf Gara-Gara Tak Pakai Topeng Muka

Kajian mengenai BTS ini akan dijadikan sebagai salah satu silibus pengajian Harvard Business School bermula sesi pengajian semester baharu nanti.

BTS dianggotai tujuh ahli iaitu V, Jungkook, Jimin, Suga, RM, Hope dan Jin. Kumpulan itu mula bergerak aktif sejak tujuh tahun lalu.

Mereka telah berjaya mencipta beberapa rekod dunia seperti baru-baru ini merampas kedudukan lagu Hello nyanyian Adele (102 negara) apabila lagu terbaharu kumpulan itu, Black Swan berjaya menduduki tangga pertama iTunes di lebih 103 negara.

BTS juga antara selebriti K-Pop yang sentiasa menjadi pilihan penyanyi antarabangsa lain untuk bekerjasama. Antara yang pernah berduet dengan BTS ialah Halsey, Ed Sheeran, Nicki Minaj dan The Chainsmokers. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend