AntarabangsaHollywood

Keluarga Keluar Kenyataan Sahkan Avicii Mati Bunuh Diri

Seminggu selepas kematiannya, ahli keluarga DJ Avicii mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengatakan mendiang mati disebabkan bunuh diri.

Menurut kenyataan itu, Avicii, 29, dipercayai mengambil keputusan nekad tersebut selepas berasa tertekan terpaksa meninggalkan minatnya dalam bidang muzik bagi merawat penyakitnya.

Namun begitu, kenyataan itu tidak menjelaskan bagaimana Avicii atau nama sebenarnya, Tim Bergling menamatkan riwayat sendiri.

DJ yang terkenal dengan genre muzik eletronic dance music (EDM) itu berundur dari dunia seni sejak dua tahun lalu selepas didakwa menghidap penyakit berkaitan usus disebabkan ketagihan minuman alkohol.

Namun, Avicii tidak pernah mengesahkan tentang penyakitnya itu sebelum ini.

Penyanyi lagu Wake Me Up itu ditemui mati di kediamannya di Muscat, Oman pada 21 April lalu.

Kematiannya begitu dirasai peminat di seluruh dunia terutama sekali di negara kelahirannya, Sweden kerana bakat yang dimilikinya dalam mengubah lagu cukup dikagumi ramai. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button