Cerita ArtisHiburan

Kurus Mendadak, Syura Dedah Rahsia Capai Berat Badan Ideal

Setelah sekian lama akhirnya penyanyi Syura berjaya mencapai berat badan ideal yang sesuai dengan dirinya dalam masa empat bulan sahaja.

Ketika ditemui pada Majlis Tayangan Program Raya Astro 2018 di Hotel Majestic baru-baru ini, Syura mendedahkan rahsianya tampil langsing daripada berat 60 kilogram sebelum ini.

“Sebenarnya susah untuk saya capai berat badan ideal 49 kilogram. Saya pun tak berdiet sungguh-sungguh pun sebaliknya, saya lebih banyak minum air dalam sehari saya minum enam liter air dan kuat berpeluh. Sebab itu badan saya susut dalam masa yang singkat.

“Saya mula jaga makan sejak empat bulan lalu, saya sekarang makan ikut seperti saranan doktor. Makan sebanyak enam kali sehari tapi semuanya ambil dalam kuantiti sedikit dan ia memang berkesan,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Tidak mengamalkan sebarang diet yang berbahaya kepada kesihatan, Syura sebaliknya berkata dia hanya menjaga pemakanannya selain langsung tidak menyentuh minuman dan makan bergula.

“Saya ambil pendekatan diet yang perlahan tapi kesannya adalah bagus untuk jangka masa panjang. Saya tak nak amalkan diet yang memudaratkan kesihatan. Macam sekarang saya betul-betul tak ambil benda-benda manis.

Sementara itu ketika ditanya tentang penyakit misteri dialaminya ketika menyertai program Gegar Vaganza 4 tahun lalu, Syura berkata dia sudah pulih daripada penyakit tersebut setelah mendapatkan rawatan tradisional seperti yang disarankan rakan artis, Bob Yusof.

“”Alhamdulillah selepas Bob bawa saya pergi berubat secara tradisional, tak ada perkara yang aneh berlaku.

“Cuma berat badan sahaja yang turun. Alhamduillah, saya pun tak alami benda ganjil atau mimpi yang pelik-pelik seperti sebelum ini,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button