• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Lady Gaga Bertunang Dengan Christian Carino

Penyanyi Lady Gaga dilaporkan sudah bertunang dengan teman lelakinya, Christian Carino.

Berita pertunangan itu dilaporkan US Weekly yang mendapat maklumat berkenaan daripada sumber terdekat dengan pasagan tersebut.

Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta mula bercinta dengan Christian sejak putus cinta dengan Taylor Kinney tahun lalu.

Christian merupakan seorang agen pencari bakat yang bernaung di bawah syarikat CAA Creatie Artists Agency.

Gaga sebelum ini mendedahkan hubungannya dengan Taylor yang merupakan seorang pelakon tidak berjaya kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya sehingga tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama.

Namun, sehingga kini Gaga tidak mengiakan ataupun menafikan laporan mendakwa dirinya sudah bertunang. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend