• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Lady Gaga Dah Jumpa Pengganti, Kini Berpacaran Dengan Jurutera Bunyi

Selepas lima bulan putus tunang dengan Christian Carino, Lady Gaga, 33, dikatakan sudah menemui pengganti apabila dia dilihat berciuman dengan seorang jurutera bunyi, Dan Horton.

Aksi mesra pasangan itu berjaya dirakam paparazi ketika kedua-dua mereka sedang menjamu selera di sebuah restoran di Los Angeles, baru-baru ini.

Gaga dilihat mencium bibir Dan sambil meletakkan sebelah tangannya di dada jejaka berusia 37 tahun itu.

Satu sumber mengatakan Gaga sengaja memilih meja di sebelah tingkap restoran seolah-olah tidak kisah sekiranya kekasih baharunya itu diketahui umum.

“Dia kelihatan sangat gembira sepanjang berada di sisi Dan,” kata sumber itu.

Dan sudah bekerja dengan Gaga sejak November 2018, selain Gaga dia turut pernah bekerjasama dengan ramai penyanyi pop seperti Ariana Grande, Justin Timberlake dan Bruno Mars. Dan juga merupakan pemilik studio, Audio Engineering Consulting Group. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend