• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Lee Min-woo Disiasat Atas Dakwaan Cabul 2 Wanita Di Bar

Ahli kumpulan Shinhwa, Lee Min-woo kini dalam siasatan pihak berkuasa berhubung satu dakwaan mencabul kehormatan dua wanita.

Min-woo, 39, didakwa mencium dan meraba dua wanita berusia 20-an ketika dia berada di sebuah bar bersama rakannya. Salah seorang daripada mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Pihak pengurusan Min-woo kemudian mengeluarkan kenyataan mengatakan ia adalah satu salah faham dan mereka telah menerangkan perkara itu kepada wanita terbabit yang kemudiannya telah menarik balik laporan polis tersebut.

Walaupun laporan itu telah ditarik balik, pihak polis Gangnam, Seoul berkata mereka tetap akan menyiasat dakwaan tersebut.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum menetapkan tarikh untuk menyoal siasat Min-woo namun ia akan tetap diadakan dalam masa terdekat. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend