
Lee Soo Min Mohon Maaf Hina Peminat Dengan Kata Kesat
Penyanyi Lee Soo Min tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman sosialnya baru-baru ini.
Soo Min meminta maaf kerana menggunakan perkataan kasar dan mencarut bagi menjawab dakwaan mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pemain bola tampar pasukan Korea Selatan, Lim Sung Jin.
Walaupun menafikan perkara itu, peminat tetap tidak percayakan cakap Soo Min selepas gambarnya dengan Sung Jin sedang berswafoto tersebar.
Gambar Soo Min dan Sung Jin yang dikongsi menerusi akaun peribadi penyanyi wanita itu didakwa disebarkan rakan terdekat sehingga akhirnya kantoi dengan peminatnya.
Selepas foto itu tersebar, Soo Min berkongsikan soalan daripada peminat yang bertanya, “Soo Min adakah gambar ini daripada akaun peribadi anda? Kenapa anda tangkap gambar begitu mesra dengan Lim Sung Jin?”
Menjawab pertanyaan itu, Soo Min mengeluarkan kata-kata kesat, “F*ck. Takutnya saya. Apa benda semua ini?”
Susulan kontroversi itu, agensi pengurusan Soo Min tampil membuat kenyataan mendakwa akaun Instagram peribadi itu bukan milik penyanyi muda itu.
Namun, Soo Min, 17, tetap membuat permohonan maaf di atas keterlanjurannya itu biarpun pihak agensinya menafikan perbuatan itu dilakukan olehnya. – KopiPlanet.com



