Cerita ArtisHiburan

Sofi Jikan Tidak Berminat Nak Jumpa Dengan Farid Kamil

Pelakon Sofi Jikan mendedahkan ada beberapa rakannya mahu mempertemukannya dengan aktor Datuk Farid Kamil berikutan isu yang melanda mereka sebelum ini.

Namun pelakon yang terkenal dengan tagline ‘Kasi Sengat’ berkata buat masa ini memang dia tidak mahu bertentang mata dengan Farid biarpun Farid sebelum ini ada pernah cuba berhubung dengannya.

“Diakui ada beberapa rakan nak pertemukan kami, tetapi saya tidak berminat. Malah, Farid juga ada menghubungi tapi saya tak jawab.

“Terus-terang cakap, saya masih belum boleh terima apa yang dia lakukan terhadap saya. Saya macam tak percaya dia sanggup buat seperti itu. Disebabkan tindakannya itu, saya hilang segala-galanya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Sofi ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DA Motion Media dan pelancaran filem Jodoh Syaitan di Lake Park Residence, Selayang semalam.

Sofi atau nama sebenar, Mohamad Shoffi Jikan, 48, berkata susulan kontroversi itu, dia kini tidak mendapat sebarang tawaran berlakon selain beberapa projek yang telah dijanjikan untuknya ditarik balik.

“Selepas timbul kes berkenaan saya tidak mendapat sebarang tawaran berlakon. Kalau ada pun, pihak terbabit batalkan. Malah, beberapa projek yang dipersetujui sebelum ini mengarahkan saya untuk menulis surat dengan alasan saya menarik diri.

“Saya juga tidak boleh terbabit dalam sebarang program di kaca televisyen. Saya tidak pasti sama ada nama disenarai hitam kerana tidak ada hitam putih. Saya pula jenis malas nak bertanya dan tidak suka merungut. Nak buat saya, buatlah,” ujarnya lagi.

Sofi juga turut mengakui, kawan-kawan ramai menghilangkan diri daripada sejak insiden itu namun dia tidak menyalahkan sesiapa berhubung perkara itu.

“Dalam masa sama, kawan juga ramai lari. Kalau saya hubungi atau menghantar mesej, mereka tidak jawab. Dari situ, baru saya tahu siapa kawan dan lawan. Mungkin mereka tidak mahu terbabit dengan saya, jadi tidak ada siapa mahu berkawan dengan saya.

“Walaupun begitu, saya tidak mahu bersikap prejudis atas tindakan segelintir daripada mereka, saya cuba berfikir positif. Kalau saya di tempat mereka pun, mungkin saya akan buat benda yang sama,” katanya.

Sementara itu, Sofi melahirkan kesyukuran di atas rezeki Allah SWT apabila namanya dipilih oleh syarikat produksi DA Motion Media bagi menerajui filem pertama terbitan mereka, Jodoh Syaitan.

Menurut Sofi, dia cukup berterima kasih di atas peluang yang diberikan oleh penerbit, Mokharul Shamsul Mokhtar dan pengarah, Ismail Bob Hasim.

“Di sebalik kemelut ini, mereka bagi peluang kepada saya, memang mereka hero saya. Ia ibarat ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button