AntarabangsaKpop

Lepas 7 Tahun, Kumpulan Miss A Umum Berpisah

Selepas hampir tujuh tahun memeriahkan industri muzik K-pop, kumpulan popular Miss A akhirnya mengumumkan mereka bakal berpecah.

Pembubaran kumpulan itu turut disahkan syarikat pengurusan mereka iaitu JYP Entertainment.

Kumpulan itu membuat keputusan untuk berpisah selepas dua ahlinya sebelum ini iaitu Jia dan Min meninggalkan Miss A bagi meneruskan kerjaya solo masing-masing.

Berita itu ternyata mengejutkan peminat mereka memandangkan Suzy dan Fei baharu sahaja memperbaharui kontrak bersama syarikat pengurusan itu empat bulan lalu.

Kali terakhir Miss A tampil dengan lagu baharu ialah pada 2015 menerusi single berjudul Colors. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button