• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Lepas Buka Hijab, Emma Maembong Jumpa Heliza Helmi Minta Nasihat

Selepas mengambil keputusan untuk tampil dengan imej tidak lagi memakai tudung, nama pelakon Emma Maembong hangat diperkatakan netizen di laman sosial.

Terbaharu, Emma berkongsikan gambarnya yang sedang memeluk erat rakan artis, Heliza Helmi di laman Instagramnya. Menurut Emma, pertemuannya dengan Heliza adalah bagi mendapatkan nasihat daripada selebriti tersebut.

Emma turut berterima kasih kepada Heliza yang sempat meluangkan masa berborak dengannya sehingga ke jam 3 pagi.

“Allah has already planned your life. If something goes wrong, it went wrong for a reason. Thank you kak @nurhelizahelmi for your time. Sampai 3am kita borak-borak. Banyak Emma belajar. Love you so much Kak Ja,” tulis aktres berusia 27 tahun itu.

Nama Emma teruk dihentam sejak gambar mesranya bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah tersebar. Menerusi foto-foto tersebut Emma dilihat tidak menggenakan hijab yang menjadi identitinya sejak lima tahun lalu. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend