Cerita ArtisHiburan

Lepas Pengabdi Setan, Bront Tak Sangka Berlakon Filem Seram Lagi

Pelakon Bront Palarae, 40, telah ‘melanggar syarat’ yang ditetapkannya sendiri apabila menerima tawaran berlakon dalam filem TV seram Folklore terbitan HBO Asia.

Menurut aktor berkaliber itu, dia sebelum ini telah menetapkan sasaran enggan berlakon naskhah seram dalam tiga atau empat tahun akan datang.

“Sebenarnya saya tidak sangka akan berlakon lagi dalam naskhah seumpama ini selepas berlakon dalam filem Pengabdi Setan.

“Malah saya jangkakan akan berlakon karya-karya seram ini dalam lingkungan tiga ke empat tahun lagi.

“Namun bila saya ditawarkan projek daripada pengarah Ho Yuhang takkan saya nak tolak?

“Selepas saya baca skripnya, saya akui bulu roma saya berdiri,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Bront ditemui ketika sidang media Folklore HBO Asia di St. Regis, Kuala Lumpur hari ini.

Tidak ketinggalan ditanya tentang pengalaman pelik sepanjang menjalani penggambaran, Bront berkata, “Pengalaman seram? Tiada perkara pelik yang berlaku sepanjang penggambaran dijalankan sebab saya hanya fokus untuk buat yang terbaik.

“Tapi tengok Nabila saya takutlah,” ujarnya dengan nada bergurau.

Selain Bront dalam Folklore (Toyol) antara bintang lain seperti Nabila Huda, Redza Minhat, Umie Aida dan ramai lagi.

Ia bakal ditayangkan pada Ahad, 7 Oktober pukul 10 malam secara eksklusif di HBO (Saluran Astro 411/431 HD).

Siri antologi seram terbitan asal pertama HBO Asia ini adalah sebuah siri enam episod yang menampilkan kisah-kisah dari Indonesia, Singapura, Jepun, Thailand, Korea dan Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button