AntarabangsaHollywood

Liam Payne Bertunang, Beri Kekasih Cincin Bernilai RM16.7 Juta

Penyanyi Liam Payne dilaporkan sudah bertunang dengan teman wanitanya, Maya Henry selepas dua tahun bercinta.

Ahli kumpulan One Direction itu dikatakan melamar kekasihnya itu pada satu tempoh ketika musim berkurung (lockdown) yang dilaksanakan di United Kingdom.

Cincin pertunangan Maya yang juga merupakan seorang model dikatakan mencecah harga £3 juta (RM16.7 juta).

“Mereka tidak boleh berhenti senyum ketika meluangkan masa bersama itu jelas menunjukkan kedua-duanya sedang mabuk cinta,” kata sumber yang rapat dengan pasangan itu memetik Metro.co.uk.

Liam dan Maya, 20, sebelum ini menafikan khabar angin yang mendakwa mereka sudah berpisah pada awal tahun ini.

Pasangan itu mula menunjukkan kemesraan di hadapan umum pada Ogos tahun lalu, beberapa bulan selepas Liam berpisah dengan bekas kekasihnya, Cheryl yang mana mereka mempunyai seorang anak lelaki bersama iaitu Bear yang kini berusia dua tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button