AntarabangsaHollywood

Makin Serius, Nick Jonas Kenalkan Priyanka Kepada Ahli Keluarga

Penyanyi Nick Jonas dipercayai semakin serius dalam perhubungannya dengan pelakon Priyanka Chopra, 36, selepas dia membawa aktres itu ke majlis perkahwinan sepupunya, baru-baru ini.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, penyanyi lagu Jealous itu berjalan seiringan dengan Priyanka yang memaut tangan di lengan Nick.

Sehari selepas majlis itu, Nick, 26, dan Priyanka kemudiannya menyertai sesi makan tengah hari bersama ahli keluarga penyanyi tersebut sekali gus memperkenalkan buah hati terbaharunya kepada keluarga.

Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama menghadiri majlis Met Gala 2017 namun menafikan cerita yang mereka sedang bercinta pada ketika itu.

Nick yang mula menyertai bidang seni suara dengan band bersama dua abangnya, The Jonas Brothers sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Olivia Culpo, Miley Cyrus dan Gigi Hadid. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button