• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Maya Karin Enggan Nikmati Hidangan Buffet Ramadan Di Hotel

Pastinya setiap kali Ramadan, pihak hotel dan restoran berlumba-lumba menawarkan sajian buffet mereka bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Umum mengetahui harga buffet ramadan di hotel-hotel dan restoran adalah sedikit tinggi yang mana kadang-kala ia mampu mencecah sehingga RM230 seorang.

Bertindak melawan arus, pelakon Maya Karin mengambil pendekatan enggan menjejakkan kakinya ke mana-mana buffet Ramadan di hotel pada tahun ini kerana merasakan harga yang dikenakan sangat tidak munasabah.

“Saya berasa sangat marah dengan harga mengarut buffet Ramadan yang ditawarkan dan masih ada lagi orang dan syarikat-syarikat yang masih membayar untuk harga itu! RM150-200 untuk dewasa dan RM80-100 untuk kanak-kanak! Budak-budak apa yang diaorang makan? Nasi sikit, ayam sikit atau spagetti sikit.

“Disebabkan itu saya mengambil pendekatan enggan berbuka puasa di mana-mana hotel yang menawarkan buffet Ramadan. Ini prinsip saya. Siapa makan kat sana jangan meroyan pasal ekonomi,” tulisnya menerusi laman Twitter miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Sila hadam.. this a thread, sila Swipe . . #ramadan #foodwaste #exploitation

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Pelakon Munafik 2 itu kemudian memuat naik entrinya itu ke dalam Instagram dan setakat ini ia berjaya mendapat lebih 12,300 tanda suka daripada pengikutnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend