• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Mel B & Emma Bunton Nak Katy Perry Ganti Posh Spice

Kumpulan pop yang popular era 90-an Spice Girls sudah pun menyatakan mereka akan membuat kemunculan semula dalam bidang seni menerusi konsert jelajah reunion yang akan bermula Jun 2019.

Namun begitu, hanya empat ahli sahaja bersetuju untuk bergabung semula iaitu Mel B, Mel C, Emma Bunton dan Geri Horner. Victoria Beckham atau lebih dikenali dengan nama Posh Spice tidak akan menyertai konsert tersebut kerana dikatakan sibuk dengan perniagaan fesyen yang diusahakannya.

Ketika diwawancara menerusi satu program bual bicara baru-baru ini, Emma secara spontan menyatakan mahu Katy Perry menggantikan Posh sambil disokong oleh Mel B.

Tiket konsert jelajah Spice Girls yang popular dengan lagu-lagu seperti Wannabe, Viva Forever dan 2 Become 1 dilaporkan sudah habis terjual selepas beberapa minit ia mula dibuka untuk jualan secara dalam talian. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend