Cerita ArtisHiburan

Menang Anugerah Panjangkan Rezeki Saya – Khir Rahman

Pelakon Khir Rahman menyifatkan kemenangannya menggondol trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Rock Bro dalam Anugerah Skrin 2017 adalah satu bonus sepanjang dirinya berkecimpung dalam bidang seni.

Menurutnya, anugerah itu juga diharapkan dapat terus meluaskan rezekinya dalam bidang lakonan yang menjadi sumber pendapatannya selain dia turut menyimpan cita-cita untuk menggenggam trofi ‘mahal’ Oscar di masa akan datang.

“Saya gembira dengan kemenangan ini secara peribadi, bukan sebab saya happy kerana merasakan diri sudah hebat. Tidak, saya khuatir benda itu disalah tafsir.

“Saya happy kerana kali ini saya ada rezeki (menang anugerah) dan saya hendak benda ini panjangkan rezeki saya. Saya nak jadi anak Malaysia pertama memenangi Oscar.

“Dengan kemenangan ini saya harap orang sentiasa ingat saya, panggil saya berlakon lagi,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu.

Dalam kategori itu, Khir menewaskan tiga pesaing lain iaitu Adi Putra, Zahiril Adzim dan Iedil Putra.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Khir mengatakan syarikat produksinya bakal mengeluarkan dua buah filem pada tahun hadapan yang mana ia merupakan arahannya sendiri.

“Selain dua filem yang masih dalam perancangan, saya kini juga dalam rangka menyiapkan drama 13 episod yang juga di bawah produksi saya sendiri,” katanya menutup perbualan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button