• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Menang BBP, Wany Hasrita Nak Bawa Peminat Lepak Zoo Negara

Bintang Paling Popular (BBP), Wany Hasrita atau nama lengkapnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berhasrat ingin membawa peminat setianya berjalan-jalan di Zoo Negara sempena meraikan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 (ABPBH31).

Dalam majlis anugerah itu, Wany, meraih trofi Bintang Paling Popular dan Penyanyi Wanita Popular. Dengan kemenangan Bintang Paling Popular, pelantun lagu Menahan Rindu itu berjaya membawa pulang sebuah kereta Citreon C4 Picasso.

Susulan kemenangan itu, Wany berhasrat ingin membawa peminat setianya, The Nizers ke Zoo Negara bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kejayaannya itu.

“Saya nak bawa peminat ke Zoo Negara selain mengadakan majlis doa selamat dengan anak-anak yatim. Sukar nak cakap dengan kata-kata tapi saya bersyukur dengan anugerah ini.

“Memang tak jangka langsung dengan kemenangan ini tapi saya sangat berterima kasih dengan peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan terhadap karier saya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Wany ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 (ABPBH31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam Ahad.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia membeli undi, Wany dengan tegas menjelaskan, “Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi. Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja.

“Alhamdulillah, kelab peminat saya mempunyai pemikiran yang sangat ke hadapan. Mereka haya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak,” katanya lagi.

Berikutan kejayaan itu, Wany berkata dia perlu lebih banyak memperbaiki diri dari segi nyanyian dan akan terus mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi kualiti nyanyian di masa akan datang. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend