
Mia Ahmad & Penjaga Gol JDT Timang Cahaya Mata Lelaki
Pelakon Mia Ahmad dan suaminya, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi selamat menimang cahaya mata sulung, pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan Izham menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya yang mana isterinya selamat melahirkan bayi lelaki tepat jam 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
“Syukur Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami pagi tadi.
“Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. It’s a boy,” tulisnya.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak sulung pasangan itu dan berharap putera Mia akan membesar dengan sihat.
Mia atau nama sebenar Shamihah Ahmad Baderi, 30, dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di kediaman keluarga aktres itu di Taiping, Perak. – KopiPlanet.com




