Cerita ArtisHiburan

Mia Ahmad Tak Rela Berkongsi Kasih, Kagumi Wanita Hidup Bermadu

Pelakon Mia Ahmad berkata dia mengagumi wanita yang menjalani kehidupan bermadu namun menegaskan dirinya bukanlah seorang yang rela berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

Menurut Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi, 28, pengalaman pahit dalam rumah tangganya sebelum ini banyak memberikannya pengajaran berguna dalam hidup.

“Saya tidak akan rela untuk berkongsi kasih dengan wanita lain. Tapi saya sangat hormat dengan wanita yang melakukannya (hidup bermadu),” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Nur 2 yang berlangsung di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Mia dan suami, penjaga gawang JDT, Mohd Izham Tarmizi menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsinya di laman Instagram pada hujung tahun lalu.

Mia Ahmad tidak dapat menahan sebak ketika ditanya mengenai isu rumah tangganya.

Ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan suami, Mia menjelaskan, “Hubungan saya dan suami kini dalam proses pemulihan untuk kami saling kenal dan memperbaiki kekurangan dalam hubungan.

“Apabila memilih untuk kembali ke pangkuan suami, saya kini sedaya-upaya harus melupakan semua kisah yang melukakan demi rumah tangga kami.

“Saya memang tak nak ingat dah perkara yang lalu sebab ia terlalu perit untuk ditelan. Kehadiran anak, Sayf Issa memang mengikat lagi kasih sayang di antara saya dan suami,” kata Mia.

Mia dan Izham berkahwin pada 17 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun menjalin hubungan istimewa.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa yang kini berusia enam bulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button