Cerita ArtisHiburan

Mikayla Delisha Hakim Jadi Pilihan Nama Anak Norman-Memey

Pelakon Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza sepakat menamakan cahaya mata perempuan mereka, Mikayla Delisha Hakim.

Menerusi perkongsian di laman Instagram aktor itu, Norman berkata dia memilih nama tersebut kerana ia mempunyai maksud yang tersendiri.

“Assalamualaikum. Hi, salam Jumaat semua. Papa dan mummy dah bagi nama kita tau. Nama kita kan, dengan izin Allah, nama kita Mikayla Delisha Hakim.

“Mikayla bermaksud pemberian Allah, Delisha, gembira dan membuat orang lain gembira dan Hakim membawa maksud arif lagi bijaksana,” tulis Norman.

Serentak dengan pengumuman nama anaknya, Norman turut membuka akaun Instagram @mikayladelishahakim untuk anak ke-enamnya itu.

Memey selamat melahirkan anak ketiganya itu secara normal pada jam 12.52 tengah hari semalam.

Pasangan itu turut mempunyai dua cahaya mata lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Abby Abadi, Norman memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button