AntarabangsaHollywood

Meghan Markle Akui Rindu Nak Kembali Berlakon Drama Suits

Duchess of Sussex, Meghan Markle, 37, mengakui rindu untuk kembali berlakon drama bersiri guaman, Suits yang mempopularkan namanya dipersada Hollywood.

Selepas mengahwini cucunda Ratu Elizabeth II, Putera Harry, Meghan telah diarahkan untuk meninggalkan kerjayanya selain dia perlu menutup segala akaun media sosial sebagai persiapan bergelar kerabat diraja.

Meghan membuat pengakuan itu selepas ditanya seorang peminatnya ketika dia sedang menghadiri satu acara kebajikan di Ireland, baru-baru ini.

Menurut peminat tersebut, Fiona Moore ketika bertentang mata dengan Meghan dia sempat berkata kepada bekas aktres itu, “Saya peminat setia Suits dan saya rindu nak tengok aksi anda dalam drama itu.”

“Secara spontan Meghan menjawab yang dia pun rindukan wataknya itu. Meghan kelihatan sangat tenang sambil menjawab dengan tertawa kecil,” katanya.

Walaupun tidak lagi bergelar pelakon, Meghan tetap dipuja peminat seluruh dunia sebagai seorang puteri yang sangat mengambil berat tentang masyarakat sejagat.

“Meghan seorang yang sangat baik dan merendah diri sebab sudi luangkan masa untuk kerja-kerja kebajikan. Dia seorang yang boleh dijadikan idola oleh setiap wanita di luar sana,” kata seorang peminatnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button