• FOLLOW US
Event, Hiburan

Mira Filzah & Siti Nordiana Dominasi Top 5 ABPBH 2019

Mira Filzah dan Siti Nordiana masing-masing mendominasi enam dan lima pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 (ABPBH 2019).

Pengumuman mengenai senarai pencalonan akhir itu diumumkan menerusi majlis sidang media ABPBH 2019 yang dihoskan AG dan Haiza Hanafi.

Mira tercalon menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Gandingan Serasi Filem Popular dan dua pencalonan Gandingan Serasi Drama Popular.

Sementara itu, Siti Nordiana pula menguasai kategori Lagu Paling Boom, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi, Duo, Berkumpulan Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular.

Selain dua nama itu, dua pelakon kacak, Syafiq Kyle dan Remy Ishak turut mendapat empat pencalonan ABPBH 2019 menerusi kategori Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Kejutan turut berlaku pada edisi kali ini apabila penyanyi senior, Aishah berjaya menembusi senarai akhir pencalonan Penyanyi Wanita Popular dan Delimawati yang cukup popular dengan watak Hantu Kak Limah dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Filem Popular.

Menariknya ABPBH tahun ini, ia turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Artis Indonesia Popular dan Artis Korea Selatan Popular bagi melengkapkan 20 kategori yang dipertandingkan.

Anugerah Sepanjang Hayat yang tidak dipertandingkan akan diberikan kepada selebriti yang telah banyak berjasa dalam bidang hiburan.

Malam kemuncak ABPBH 2019 dianjurkan Berita Harian akan diadakan pada 22 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berikut merupakan senarai top 5 ABPBH 2019:

Kategori Online

Artis Sensasi Popular:
Bella Dally
Elfira loy
Haqiem rusli
Nazim othman
Zul ariffin

Gandingan Serasi Drama Popular:
Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Cik Reen Encik Ngok Ngek)
Remy Ishak & Mira Filzah (Lelaki Kiriman Tuhan)
Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)
Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson (Pujaan Hati Kanda)

Gandingan Serasi Filem Popular:
Fattah Amin & Syamsul Yusof (KL Special Force)
Syafiq Kyle & Hannah Delisha ( Langsuir)
Zizan Razak & Shaheizy Sam (Polis Evo 2)
Hairul Azreen & Ammar Alfian (Paskal)
Remy Ishak & Mira Filzah (Rise Ini Kalilah)

Pelakon Watak Antagonis Popular:
Azar Azmi
Azhan Rani
Reen Rahim
Shukri Yahaya
Syazwan Zulkifli

Lagu Paling Boom:
Andi Bernadee (Satu Peluang)
Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)
Sufian Suhaimi (Di Matamu)
Khai Bahar & Fatin Husna (Rahsia Kita)
Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

Artis Baharu Lelaki Popular:
Afieq Shazwan
Adam Lee
Iswan Ismail
Raja Atiq
Ryan Deedat

Artis Baharu Wanita Popular:
Aina Abdul
Amelia Henderson
Haneesya Hanee
Masya Masyitah
Sarah Suhairi

Pelakon Filem Lelaki Popular:
Fattah Amin
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Zizan Razak
Zul Ariffin

Pelakon Wanita Filem Popular:
Delimawati
Erra Fazira
Hannah Delisha
Mira Filzah
Uqasha Senrose

Pelakon TV Lelaki Popular:
Fattah Amin
Fendy Bakry
Izzue Islam
Remy Ishak
Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular:
Azar Azmi
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zahirah Macwilson

Penyanyi Lelaki Popular:
Faizal Tahir
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Sufian Suhaimi
Syafiq Farhain

Penyanyi Wanita Popular:
Aishah
Ara Johari
Siti Nordiana
Stacy
Wany Hasrita

Artis Duo/Berkumpulan Popular:
Alif Satar & Siti Nordiana
Dayang Nurfaezah & Hael Husaini
Floor 88 & Baby Shima
Insomniacks
Khai Bahar & Fatin Husna

Artis Komedi Popular:
Jihan Muse
Jep Sepahtu
Mark Adam
Sherry Alhadad
Zizan Razak

Artis Versatil Popular:
Alif Satar
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zizan Razak

Pengacara TV Popular:
Alif Satar
Alvin Chong
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular:
DJ Lin
Haziq
Johan
Muaz
Raden

Artis Indonesia Popular:
Afgan
Bunga Citra Lestari
Cakra Khan
Judika
Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular:
Blackpink
BTS
Exo
GDragon
GOT7 – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend