
Misi Kurus, Almy Nadia Mahu Buktikan Pada Mulut Puaka
Sebelum ini Datin Almy Nadia, 33, berang apabila netizen mengutuk di media sosial tentang saiz badannya yang gemuk dan hodoh sewaktu hamil anak ketiga.
Isteri kepada Datuk Fizz Fairuz, 39, ini mengakui ingin meneruskan misi mendapatkan berat badan yang ideal bagi membuktikan kepada netizen setelah dia selamat bersalin pada 15 Disember lalu.
Menerusi laman Instagram, Almy memuat naik foto yang meperlihatkan dia sedang melakukan rawatan sauna untuk membakar lemak yang terkumpul di dalam badannya.

Selain itu, Almy turut mengamalkan pemakanan yang berkhasiat ketika berpantang supaya badannya sentiasa sihat dan cergas.
Almy mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3, Nur Aurora, 1, dan Nurafrina Ayra yang dilahirkan pada Disember lalu. – KopiPlanet.com
Kredit foto : Instagram Almy Nadia



