• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

MonoloQue & Aizat Lancar Lagu Urusan Seri Paduka Baginda

Bersempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong ke1-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 30 Julai lalu, dua penyanyi popular iaitu MonoloQue dan Aizat Amdan telah melancarkan single terbaharu mereka berjudul Urusan Seri Paduka Baginda (USPB) – Versi Agong.

Muzik video lagu ciptaan loQue dan lirik oleh Pengarah Perbadanan Muzium Pahang, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal itu turut menampilkan Orkes Gamelan Pahang Diraja dan penari Gamelan dari Kumpulan Kesenian Pejabat SUK Pahang.

“Lirik lagu ini menggambarkan simbolik betapa pentingnya Baginda dan institusi beraja ini kepada kepada keamanan dan kesejahteraan negara. Berkat Baginda memerintah secara adil dan bijaksana negara membangun dan gemilang.

“Selari dengan jiwa lagu ini di mana tradisi dan komodenan hidup bersama tanpa segan silu bahkan maju bersama, sepertimana keadaan semasa.

“Seni budaya yang asli dan lama dipelihara, evolusi seni yang baharu jangan dikongkong,” ujar loQue. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend