
Muat Naik Gambar Di Gimnasium, Hannah Delisha Dikritik Netizen
Setelah beberapa orang artis wanita sebelum ini seperti Uqasha Senrose dan Reen Rahim yang dikritik gara-gara memuat naik gambar yang kelihatan seksi di Instagram, kini tiba pula giliran Hannah Delisha.
Dalam sekeping gambar ketika bersenam di gimnasium, ternyata gambar pelakon kelahiran Singapura yang dimuat naik itu mengundang pelbagai komen, termasuk komen-komen negatif netizen.
“Ya ampun… terdedah sgt gambar nie… aurat tu jangan tunjuk sgt… byk mata2 jahat lelaki yang save gambar nie,” ujar seorang pemilik akaun Instagram yang menggunakan nama @nora_aini96.
Malah, ada juga segelintir netizen yang menyatakan agak terkejut apabila pelakon filem Langsuir itu memuat naik gambar tersebut.
Selain menerima kecaman, terdapat juga komen-komen nakal segelintir individu yang menulis diruangan komen dengan ayat-ayat yang tidak sepatutnya.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang turut memberikan sokongan serta mengecam indvidu yang mengkritik pelakon berkenaan.
“Stay strong and enjoy your life and stay healthy,” ujar pemilik nama akaun Instgram @muhdshahbsha. – KopiPlanet.com