• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

My Chemical Romance Kembali Bergabung Selepas Bubar 6 Tahun Lepas

Band My Chemical Romance (MCR) kembali mengumumkan mereka bakal bergabung semula untuk konsert jelajah terbaharu mereka.

MCR bakal menjayakan konsert Return di Los Angeles, Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada Disember ini seperti mana yang dimaklumkan menerusi laman sosial rasmi kumpulan itu, awal pagi tadi.

Band yang popular dengan lagu Helena, Welcome To The Black Parade dan Teenagers itu sebelum ini mengumumkan perpecahan pada 2013 dan membawa haluan masing-masing sejak itu.

Kumpulan ini telah mengeluarkan empat buah album termasuk The Black Parade yang dikeluarkan pada tahun 2006, mencatatkan jualan album paling tinggi sepanjang kerjaya mereka.

MCR yang ditubuhkan pada 2001 dianggotai Gerard Way, Frank Iero, Mikey Way, Ray Toro, Bob Bryar, Matt Pelissier dan James Dewees. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend