Cerita ArtisHiburan

Nabil Aqil Nafi Dakwaan Dikatakan Bercinta Dengan Daiyan Trisha

Pelakon baharu, Nabil Aqil menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang hangat bercinta dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha.

Menurut Nabil, hubungannya dengan Daiyan hanya sebagai rakan dalam industri semata-mata. Nabil dan Daiyan, 25, sebelum ini dikaitkan bercinta selepas tersebar gambar aksi mesra mereka di sebuah forum gosip baru-baru ini.

“Kami memang tiada apa-apa hubungan istimewa, kami hanya berkawan dan hanya berjumpa ketika kami bekerja bersama baru-baru ini.

“Gambar mesra yang diperkatakan itu merupakan idea Daiyan sendiri, dia yang minta saya peluk dia dari belakang dan kemudian kawan kami ambil gambar itu. Kemudian saya muat naik gambar itu sebab foto yang diambil itu cantik memaparkan keindahan kota Seoul,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Rocketfuel Entertainment di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nabil yang merupakan anak saudara kepada Syafiq Kyle ini mengakui dia masih solo dan buat masa ini tidak mencari teman istimewa sebaliknya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya seninya terlebih dahulu.

“Saya masih lagi single dan tidak mencari (kekasih) sebab nak fokus berlakon dahulu. Kalau ada, adalah sebab saya tidak mencari.

“Dalam mencari pasangan ini saya sebenarnya tidak suka terlalu memberi harapan, kalau dah suka saya akan kenal dulu wanita itu dan kalau serasi baharu saya teruskan perhubungan itu,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan seni, Nabil baharu sahaja menamatkan penggambaran filem sulung lakonannya berjudul Takut Ke Tak? yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula Julai ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button