Cerita ArtisHiburan

Nadia Brian Tak Kisah Berkemban Asal Ikut Kesesuaian Watak

Bakal tampil dengan filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda, Nadia Brian berkata dia tidak kisah untuk melakonkan babak yang memerlukannya berkemban sekiranya ia sesuai dengan jalan cerita sesebuah naskhah itu.

Menerusi filem arahan Bade Hj. Azmi itu, terdapat adegan di mana Nadia perlu berkemban bagi menghidupkan wataknya sebagai Cik Siti yang mengahwini seramai 99 lelaki sepanjang kehidupannya.

“Pada tahun 1950-an, berkemban di sungai adalah biasa jadi kalau tak buat tak nampak real pula sebab itu saya cuba buat babak itu nampak lebih baik.

“Mula-mulanya tiada babak berkemban dalam sungai tapi atas kehendak abang Bade yang mahu ikut latar masa filem itu, jadi berkemban saja yang sesuai.

“Suami pula sentiasa menyokong kerjaya saya, kami tengok sama-sama semasa tayangan perdana dan dia tidak kisah mengenai babak itu,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang berlangsung di MM2 Cineplexes, E-Curve Mutiara Damansara baru-baru ini.

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda akan menemui penonton bermula 27 Februari ini. Filem terbitan A. Aida Production ini turut dibintangi Datuk Fizz Fairuz, Mas Khan, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Octavia Manrose, Firman Siagian, Raja Azmi dan Eyra Hazali.

Selain perlu melakonkan aksi berkemban, antara cabaran lain yang dihadapi pelakon berusia 29 tahun ini ialah apabila dia perlu berdepan dengan kala jengking sebenar sepanjang menjalani penggambaran.

“Walaupun ada beberapa babak dilakonkan secara CGI, namun begitu ada juga beberapa adegan saya perlu berdepan dengan 18 ekor kala jengking semasa babak di atas katil. Memang bahaya kalau kena sengat, rasanya boleh terus masuk hospital.

“Selain itu, saya juga kena golekkan diri dan terjun ke kawasan gaung tanpa sebarang bantuan daripada pelakon aksi. Semua itu merupakan pengalaman yang berharga buat saya sepanjang bergelar anak seni,” ujarnya lagi.

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda mengangkat tema cerita rakyat sebenar yang berlaku di Kota Tinggi, Johor di mana seorang wanita dikenali sebagai Cik Siti pernah berkahwin dengan 99 lelaki. Setiap suaminya ditemui mati secara misteri sehari selepas berkahwin sehingga penduduk kampung berasa curiga dengan Cik Siti. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button