
Nak Jadi Teman Lelaki Saya Mesti Wangi – Ruhainies
Pelakon Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas sememangnya tidak lekang daripada kontroversi sejak menceburkan diri dalam bidang seni lakonan beberapa tahun lalu.
Walaupun sering kali terpalit dengan cerita-cerita panas, Ruhainies masih lagi bertahan dan sering menjadi pilihan kebanyakan produser bagi membintangi drama mereka.
Sejak digosipkan bercinta dengan suami kepada seorang penyanyi hujung tahun lalu, kini namanya sudah semakin reda dengan khabar angin tersebut.
Mengakui dirinya masih solo, Ruhainies berkongsi kepada KopiPlanet.com ciri-ciri teman lelaki yang menjadi dambaannya.
Menurut pelakon berusia 25 tahun itu dia menyukai lelaki yang pandai menjaga penampilan, tidak selekeh serta sentiasa berbau wangi.
“Saya suka lelaki yang jaga penampilan, metroseksual la senang cerita, kena sentiasa bersih dan kuku terjaga rapi. Dia metroseksual tapi tak perlu perfectionist sangat.
“Selain itu, kalau ada boyfriend saya tak suka kekasih saya pakai selipar kelau keluar mana-mana, kecuali nak solat Jumaat sahaja boleh pakai selipar.
“Dan lagi satu saya nak bagi tips kepada lelaki di luar sana, kalaulah mereka rasa mereka tak kacak tapi kalau mereka wangi, perempuan akan pandang tambah-tambah macam saya suka orang yang wangi dan jaga penampilan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Drama Mini Bersiri Chor & Chah musim kedua di SME Corporation, Platinum Sentral, Kuala Lumpur semalam.
Adik kepada pelakon Risteena Munim itu juga mengakui dia mempunyai puluhan koleksi minyak wangi berjenama memandangkan kegilaannya terhadap produk tersebut.
“Saya memang pencinta minyak wangi, sebab itu saya nak teman lelaki yang berbau wangi,” katanya sambil berseloroh. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Aqoimran



