
Netizen Terhibur Gelagat Anak Tomok Terpotong Rambut Ibunya
Siapa tidak mengenali anak-anak kepada penyanyi Tomok iaitu Arrian dan Andra yang sering kali menghiburkan peminat penyanyi itu dengan keletah dan ragam comel mereka.
Tomok yang sering berkongsikan perkembangan anak-anaknya di laman Instagram baru-baru ini memuat naik satu video menunjukkan ‘kenakalan’ Arrian yang memotong rambut ibunya, Rahayu Abas.
Kedengaran dalam video itu Arrian memotong rambut ibunya agar ia sama pendek dengan rambutnya.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Arrian dan video itu mendapat lebih 200,000 tontonan sejak ia dimuat naik malam semalam.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail turut mengusik anaknya itu dengan menulis kapsyen, “Bertuah punya anak.. dipotongnya rambut dibu..nasib baik ayah takda rambut”.
Tomok dikurniakan dua cahaya mata lelaki Arrianshah Akid, 6, dan Andrashah Iman, 3, hasil perkongsian hidup dengan Rahayu yang merupakan seorang bekas pramugari. – KopiPlanet.com



