
Bella Astillah Tampil Dalam Video Lagu Jom Raya Aliff Syukri
Teka-teki mengenai seorang individu lagi individu yang akan membuat kemunculan dalam video lagu Jom Raya nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya terjawab.
Usahawan selebriti tersebut menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik gambarnya bersama bekas isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah merupakan individu berkenaan.
“Cepat lihat lagu #jomraya kemunculan istimewa @bellaastillah… dah ada di YouTube. Excited x nak dengar lagu raya saya,” tulisnya.
Sebelum ini, Aliff Syukri menimbulkan pertanyaan ramai peminat mengenai gerangan seorang lagi individu yang terbabit dengan lagu terbarunya itu selain penyanyi Zizi Kirana.
Video muzik lagu berkenaan juga sudah boleh mula ditonton di laman YouTube rasmi saluran TV Terlajak Laris bermula pada pukul 12 tengah hari tadi. – KopiPlanet.com




