
Dipuji Tidak Dedah Anak Dengan Gajet, Hanis Zalikha Tetap Dikritik
Baru-baru ini pelakon Hanis Zalikha Zainal Rashid, 29, ada berkongsikan cara dan tips yang diamalkannya sepanjang mendidik anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang kini berusia tiga tahun.
Dalam entri yang dikongsikan di laman Instagramnya, Hanis berkata dia tidak pernah mendedahkan Yusuf dengan gajet serta alat-alat elektronik lain bagi membantu perkembangan minda anaknya, sebaliknya lebih menggalakkan anaknya menonton rancangan kartun yang ditayangkan di kaca televisyen.
Menurut isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu, dia berbuat demikian kerana mencontohi cara didikan pemilik Microsoft, Bill Gates dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang tidak mendedahkan anak mereka dengan gajet sehingga mereka sekurang-kurangnya berusia 14 tahun.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Hanis sehinggakan perkongsian itu menerima hampir 200,000 ‘likes’ daripada para pengikutnya.
Namun begitu, ada seorang netizen yang kurang bersetuju dengan pandangan Hanis, di mana invidu berkenaan mengatakan ia agak ironik dengan apa yang dipaparkan Hanis apabila dia sendiri membuka laman sosial Instagram Yusuf yang kini sudah mengumpul seramai 2.6 juta pengikut.
“Tak nak bagi anak gajet, but display anak dalam media sosial macam selebriti siap bertanding Anugerah MeleTOP.
“Update begitu begini. Ask yourself ada tak Bill Gates buat akaun media sosial anak dia kat Instagram? Bapaknya nak buat anak pun announce kat Instagram. Oh well,” tulis individu tersebut.
Hanis kini sedang hamil anak kedua dan dijangka melahirkan anaknya dalam bulan ini. Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Shah Alam. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Hanis Zalikha