Cerita ArtisHiburan

Keluarga Nora Akan Bersemuka Dengan Keluarga Remaja Lelaki Tular Video Cium

Tampil membela adiknya, anak sulung penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan berkata masyarakat tidak seharusnya menyalahkan adiknya sahaja sebaliknya remaja lelaki yang terlibat dalam video cium tersebut turut sama menanggung kesalahan yang sama.

Menurut Syakir menerusi laman Twitternya, dia berasa kesal kerana warga net lebih suka mengecam dan meletakkan kesalahan itu di bahu ibu dan adiknya, Putri Nor Dahlia, 14.

“Untuk yang baharu nak ambil port walaupun tak wajib, lepas tu nak tuduh aku tak terima adik aku salah. Ye adik aku salah. Dua-dua salah sebab buat dosa. Lepas tu lelaki itu kongsi kat media sosial.

“Tu sahaja point aku. Yang kena bash adik dan mak aku ja. Jadi, bukan aku yang tak adil ya, moga bermanfaat,” tulisnya.

Dalam perkembangan sama, Syakir telah mengatakan bahawa keluarganya akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki tersebut.

> Baca: Nora Mengaku Anak Bercium, Harap Dahlia Dapat Jadikan Pengajaran

“InsyaAllah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga budak lelaki itu. Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak share video yang sedia ada dan doakan kami semua, insyaAllah,” katanya.

Sebagai seorang abang, Syakir turut berharap adik perempuannya itu akan mengambil pengajaran daripada kejadian yang telah berlaku.

Ujarnya, untuk langkah pencegahan, dia turut menjelaskan keluarganya sudah menyekat adiknya daripada menggunakan telefon bimbit dan komputer riba buat sementara waktu.

“Isu viral adik aku biarkan jadi pengajaran buat dia. Secara dalaman, keluarga aku memang dalam usaha membendung hal ini. Tapi buat kawan-kawan yang ada anak perempuan, dia boleh menjadi yang seterusnya.

“Jadi jaga depa baik-baik. Yang turut quote, retweet dan api-apikan lagi tu, moga anda juga merasa nanti insya-Allah,” luahnya lagi.

Video anak perempuan Nora bercumbu dengan bekas teman lelakinya menjadi tular semalam selepas ia disebarkan di Twitter.

Video itu dipercayai dirakam bagi menyahut cabaran TikTok yang memerlukan si perakam mencium kekasih atau teman baik masing-masing mengikut rentak lagu yang diiringi dalam video tersebut.

Trend itu dipercayai dipopularkan masyarakat Barat yang semakin menjadi trending di laman sosial popular itu.

Rakaman itu juga dipercayai tersebar selepas remaja lelaki itu dikatakan memuat naik video itu di laman sosialnya sebelum rakannya kemudiannya menyebarkan video itu untuk tontonan umum. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button