• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Nick Jonas Tawar Diri Pegang Watak Batman Ganti Ben Affleck

Penyanyi dan pelakon Nick Jonas, 26, menawar diri untuk melakonkan watak Batman sebagai penganti Ben Affleck setelah pelakon itu mengesahkan tidak akan lagi terlibat dalam filem tersebut.

Menurut laporan agensi pengurusan filem berkenaan, pihak mereka sedang mencari pelakon muda menjadi superhero dalam filem Batman.

Sebelum ini, bintang itu mungkin terkenal dengan bakat vokalnya. Namun begitu dia turut muncul pada tahun 2016 menerusi filem Jumanji: Welcome To The Jungle dan mempunyai tiga buah filem lagi yang kini dalam proses pasca produksi.

Menerusi laman Instagram Hypebeast, ia turut menimbulkan teka-teki kepada peminat dan pengikut tentang pelakon baharu yang akan menggantikan Ben.

Menariknya, Nick menulis dalam ruangan komen, namun tidak jelas sama ada dia serius atau hanya bergurau untuk menawar diri melakonkan watak Batman.

Nick Jonas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bollywood, Priyanka Chopra pada 1 Disember 2018. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend