• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Nick & Priyanka Sah Suami Isteri, Lagi Foto Perkahwinan Mereka

Perkahwinan idaman Nick Jonas dan Priyanka Chopra akhirnya berjaya direalisasikan dengan lima majlis berbeza yang diadakan sejak Jumaat lalu bagi meraikan pasangan sama cantik dan sama padan ini.

Nick, 26, dan isteri telah memberikan hak eksklusif kepada majalah hiburan People untuk menyiarkan foto pernikahan dan majlis resepsi.

Priyanka anggun menggayakan gaun berwarna cream rekaan Ralph Lauren manakala Nick kelihatan segak memperagakan tuxedo berona biru gelap.

Pasangan ini telah disahkan sebagai suami isteri mengikut tradisi Kristian di Umaid Bhawan Palace, Jodhpur. Majlis itu hanya dihadiri seramai 225 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara dan rakan rapat kedua-dua mempelai.

Pelakon Bollywood itu diiringi ke dewan perkahwinan oleh ibunya, Madhu. Bapa Priyanka, Ashok meninggal dunia disebabkan penyakit kanser pada 2013.

“Saya gembira majlis perkahwinan kami digabungkan mengikut adat resam kedua-dua kami. Ia sesuatu yang menyeronokkan apabila dapat mengabungkan kedua-dua budaya tradisional dengan sebaik mungkin seperti mana yang kami mahukan,” kata Priyanka memetik People.

Majlis perkahwinan mereka turut disertai pelakon Game of Thrones, Sophie Turner yang juga merupakan tunang kepada abang Nick, Joe Jonas.

Nick dan Priyanka, 36, mula bercinta pada Mei lalu sebelum bertunang pada Julai. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend