• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Nicki Minaj Puji Tindakan Putera Harry Tinggalkan Istana Demi Isteri

Penyanyi Nicki Minaj memuji tindakan Putera Harry yang sanggup meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan demi isteri tercinta, Meghan Markle.

Menurut Nicki, tindakan itu adalah sesuatu yang terpuji apabila suami mengutamakan kebahagiaan isteri daripada segala-galanya.

“Saya sangat memuji Putera Harry di atas langkah yang diambilnya itu. Perkara sebegitu juga membuatkan saya semakin sayang suami saya, Kenneth Petty yang mana seorang lelaki sejati dia akan cuba usahakan untuk bahagikan isteri mereka. Itulah ciri-ciri lelaki sejati bagi saya.

“Ia sangat menarik apabila suami saya sentiasa mengutamakan saya dalam segala perkara yang dilakukannya. Dia sentiasa akan pastikan yang saya sentiasa gembira dan hidup selesa,” katanya.

Pada 20 Januari lalu, Putera Harry dan Meghan secara rasmi telah meninggalkan keluarga diraja Britain dan berhijrah ke Amerika Utara untuk memulakan kehidupan baharu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend