• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Owen Wilson Tanggung Kos Jagaan Anak Lebih RM100 Ribu Sebulan

Pelakon Owen Wilson diarahkan untuk membayar kos jagaan anak perempuannya sebanyak RM104,000 (AS$25,000) sebulan walaupun dia tidak pernah lagi berjumpa dengan anaknya sejak dilahirkan setahun lalu.

Tahun lalu, menerusi ujian DNA yang dilakukan, Owen terbukti bapa kepada bayi perempuan, Lyla yang dikandung oleh bekas teman wanita aktor itu, Varunie Vongsvirates.

Memetik Radar Online, Owen tidak meminta hak lawatan kerana tidak yakin jika itu merupakan waris sebenarnya walaupun ujian siapa bapa bayi tersebut menunjukkan keputusan positif ke arah Owen.

Pihak mahkamah memberikan hak jagaan sepenuhnya kepada Varunie yang mana dia bertanggungjawab sepenuh terhadap hal kebajikan, pendidikan dan kesihatan Lyla.

Owen dan Varunie pernah bercinta selama lima tahun namun hubungan mereka putus sebelum Lyla selamat dilahirkan.

Aktor filem The Wedding Crashers itu tidak pernah menyebut mengenai anaknya itu di mana-mana media sebaliknya Varunie sebelum ini pernah merayu Owen untuk berjumpa dengan anak perempuannya itu.

“Lyla perlukan seorang bapa. Ia adalah suatu yang ironi apabila Owen sering berlakon watak seorang bapa namun dalam kehidupan sebenar dia langsung tidak hati nak pergi menjenguk anaknya sendiri. Ya, memang dia membantu dari segi kewangan, namun ia bukan semudah itu. Awak sepatutnya datang tengok anak, dia seorang yang mengagumkan, wajahnya saling tak tumpah seperti kamu,” kata Varunie.

Owen turut mempunyai dua anak lelaki, Robert, 8, dan Finn, 5, hasil dua hubungannya terdahulu dengan Jade Duell dan Caroline Lindqvist. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend