• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Pakar Bedah Plastik Sifatkan Wajah Cha Eun Woo Paling Kacak

Industri hiburan di Korea Selatan tidak dapat dipisahkan dengan pembedahan plastik yang mana merupakan budaya di kalangan selebriti di sana.

Kebanyakan daripada selebritinya tidak terkecuali melakukan prosedur pembedahan bagi mendapatkan rupa paras kacak dan cantik yang diidamkan.

Seorang pakar bedah plastik yang muncul dalam sebuah program hiburan baru-baru ini menyifatkan wajah segak pelakon dan penyanyi, Cha Eun Woo paling sempurna di kalangan selebriti lelaki lain.

Menurut pakar itu, “Rupa paras Eun Woo sangat kacak. Lelaki pun pasti akan bersetuju dengan komen itu. Tiada apa yang perlu diubahsuai lagi. Cukup sempurna 100 peratus.”

Eun Woo, 21, yang memulakan kerjaya lima tahun lalu merupakan anggota kumpulan Astro. Selain menyanyi, Eun Woo turut aktif sebagai pelakon.

Tahun lalu drama lakonannya, Hit The Top dan Revenge Note mencatatkan antara rating tertinggi menerusi saluran TV KBS2. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend