AntarabangsaKpop

Park Eun Hye Bercerai, Hak Jagaan Anak Diberikan Kepadanya

Pelakon Park Eun Hye, 40, dilaporkan telah bercerai dengan suaminya baru-baru ini.

Pasangan itu dilaporkan bercerai secara baik dan hak jagaan anak-anak diberikan kepada aktres tersebut menerusi hasil persetujuan bersama.

Berita tersebut disampaikan oleh pihak pengurusan Eun Hye, Early Bird Entertainment menerusi kenyataan media, “Park Eun Hye dan suaminya mengambil keputusan meneruskan haluan masing-masing.”

“Perpisahan itu dilakukan secara baik dan anak-anak akan berada di bawah jagaan Eun Hye. Walaupun tidak lagi mempunyai ikatan, mereka akan tetap berbaik demi anak-anak,” tulis kenyataan itu.

Eun Hye dan bekas suaminya mempunyai kembar, Kim Jae-wan dan Kim Jae-ho, 7 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button