
AntarabangsaKpop
Peminat Terkejut Tengok G-Dragon Makin Bertambah Berat Badan
Sekeping gambar yang menunjukkan ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon seolah-olah bertambah berat badan mengejutkan peminat setianya.
Menerusi gambar yang bertebaran di Internet itu, G-Dragon berada di sebuah restoran yang mana pemiliknya menangkap gambar tersebut untuk dibuat kenang-kenangan.
Netizen yang terkejut dengan kenaikan mendadak tubuh badan G-Dragon lantas menulis komen, “Dia mesti sangat gembira menjalani latihan tentera sampai berat badan naik.”
G-Dragon kini sedang menjalani dua tahun latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada setiap warganegara lelaki Korea Selatan.
Selain G-Dragon, ahli Big Bang yang lain seperti Taeyang dan Seungri turut sama menjalani latihan pada tahun ini. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1