Cerita ArtisHiburan

Penganjur Diamkan Diri, Syamel & Ernie Kecewa Showcase Batal

Penyanyi pasangan duet terkenal, Syamel dan Ernie Zakri melahirkan kekecewaan mereka selepas showcase mereka, Showcase An Afternoon of Elegance With Syamel & Ernie Zakri: When Heart Needs A Beat sempena minggu setiausaha di sebuah hotel di Putrajaya yang sepatutnya berlangsung esok terpaksa dibatalkan.

Syamel dan Ernie turut memaklumkan mereka baharu sahaja mengetahui mengenai perkara itu daripada pihak pengurusan mereka, Rocketfuel Entertainment.

“Kami ada bertanya dengan Rocketfuel dan mereka pun mengesahkan showcase itu terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tertentu. Namun, kami tidak berani bercakap mengenainya kerana ia melibatkan soal undang-undang.

“Walaupun sejujurnya kami berasa sangat terkilan dan kecewa kerana persiapan sudah dilakukan dan masing-masing teruja untuk mengadakan acara yang besar sebegini, tetapi semuanya bergantung kepada rezeki. Jadi, kami fikir lebih baik biar pihak pengurusan sendiri yang memberi kenyataan berkenaan hal ini,” kata Syamel.

Syamel berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media khas Rocketfuel Entertainment di The Bee, Publika, Kuala Lumpur semalam.

Isu pembatalan itu mula diperkatakan selepas sebuah akhbar melaporkan penganjur showcase tersebut, Nafis Global Resources Sdn. Bhd. tiba-tiba mendiamkan diri dan gagal dihubungi oleh pihak pengurusan kedua-dua penyanyi ini.

Sementara itu, Ernie pula melihat kemelut ini daripada sudut positif walaupun kesal kerana tiket sudah dibeli peminat yang pastinya menantikan kemunculan mereka dalam showcase berkenaan.

Ernie turut menambah bahawa pihak pengurusan mereka bercadang untuk menganjurkan satu showcase lain yang akan diberitahu kelak.

“Sama ada kami masih menjalin kerjasama dengan penganjur yang sama atau tidak, itu kami tidak pasti. Sebab semua itu adalah bahagian pihak pengurusan untuk selesaikannya.

“Kepada peminat yang kecewa dengan berita ini, kami kesali kerana ia berlaku dan minta maaf kepada semua. Mungkin hikmah daripada kejadian ini nanti akan ada acara lain yang lebih besar untuk peminat pada masa akan datang,” kata pelantun lagu Ku Bersuara itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button