Cerita ArtisHiburan

Pengarah Ayat-Ayat Cinta Bikin Filem Tentang Kisah Hidup Wak Doyok

Populariti yang diraih pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok di Indonesia ternyata membawa tuah kepadanya apabila pengarah filem blokbuster Indonesia, Ayat-Ayat Cinta iaitu Hanung Bramantyo bakal menghasilkan sebuah filem berkisarkan biografi kehidupan selebriti itu.

Menurut Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 40, dia berasa terharu dengan kesudian pihak produksi dari negara seberang itu yang mahu memfilemkan kisah hidupnya bagi tontonan orang ramai.

“Ketika diberitahu mereka mahu menghasilkan filem tentang kehidupan saya, sudah tentu saya rasa cukup terharu. Mereka beritahu kepada saya yang mereka ada buat tinjauan dalam kalangan peminat di sana tentang kisah hidup selebriti Malaysia mana yang mereka mahu saksikan.

“Kemudian nama saya berada dalam Top 3, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Amy Search. Akhirnya, selepas habis tinjauan tersebut, kebanyakannya mahu melihat kisah kehidupan saya. Sebenarnya saya pun tidak sangka, mungkin populariti disebabkan saya menjadi duta kopi Luwak di sana. Di mana-mana terpampang muka saya termasuk di billboard jalan raya besar di sana,” katanya kepada KopiPlanet.com

Wak Doyok ditemui pada majlis sidang media Karnival Bling Bling Tour 2019 yang diadakan di Embassy, The Starling Mall, Damansara semalam.

Menurut Wak Doyok lagi, pihak produksi di sana juga turut memberi kebebasan kepadanya untuk memilih aktor yang bakal membawakan wataknya di layar perak.

“Saya pilih pelakon Alex Abbad bagi membawakan watak diri saya. Saya pilih Alex disebabkan dia ada jambang dan mempunyai ketinggian seperti saya.

“Untuk watak saya ketika waktu remaja pula, saya masih lagi sedang mencari pelakon yang sesuai untuk menggalas peranan itu,” ujarnya lagi yang akan berkongsi kisah kehidupannya dari kecil hingga sekarang sebagai intipati jalan cerita filem itu nanti.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Wak akan kembali ke set penggambaran filem Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof pada bulan hadapan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button