Pengarah Nafi Khabar Angin Akan Hasilkan Filem Joker 2
Pengarah filem Joker, Todd Philips menafikan dakwaan sebuah portal hiburan antarabangsa yang mengatakan filem pecah panggung Joker akan tampil dengan sequel.
Menurut Todd sehingga kini tiada sebarang perbincangan rasmi untuk membuat sambungan Joker biarpun filem itu mendapat sambutan luar biasa daripada peminat filem seluruh dunia.
“Pihak saya setakat ini tiada sebarang perancangan dengan penerbit Warner Bros untuk menghasilkan sambungan filem Joker.
“Kami pun tidak pernah melamar Joaquin untuk filem Joker 2. Saya rasa artikel itu direka dengan cukup baik oleh penulisnya,” katanya memetik laporan IndieWire.
Joker yang memaparkan lakonan cemerlang Joaquin Phoenix mencatatkan kutipan sebanyak lebih AS$ 1billionĀ (RM4.2 bilion).
Kejayaan meraih kutipan yang tinggi itu menjadikannya filem ke-44 dalam sejarah perfileman dunia mengutip kutipan paling tinggi. – KopiPlanet.com