• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Penjenayah Mirip David Schwimmer Jadi Buruan Polis Di Britain

Pihak polis kini sedang giat menjalankan pemburuan bagi menangkap seorang pencuri minuman beralkohol di Blackpool, United Kingdom.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian warga netizen ialah apabila wajah pencuri itu dilihat cukup seiras dengan aktor siri Friends, David Schwimmer.

David yang mengetahui mengenai insiden itu kemudian menulis twit menyatakan, “Pegawai polis, saya sumpah itu bukan saya. Seperti yang anda semua tahu ketika insiden itu berlaku saya berada di New York. Kepada polis Blackpool yang dedikasi, selamat maju jaya dalam mengenal pasti penjenayah itu.”

Aktor yang cukup terkenal dengan watak Ross Geller itu turut memuat naik video parodi dia mengajuk insiden itu yang berlaku di sebuah kedai serbaneka.

Rata-rata peminat terhibur dengan cara David memberi maklum balas terhadap isu tersebut yang secara tidak langsung telah ‘mencemarkan’ nama baiknya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend