Cerita ArtisHiburan

Pergaduhan Ifa Raziah-Sheeda Hanya Sekadar Gimik Rupanya…

Semalam kecoh industri hiburan apabila pergaduhan melibatkan dua penyanyi dangdut, Ifa Raziah dan Sheeda mendapat perhatian peminat industri hiburan tempatan.

Video pergaduhan mereka di tempat parkir kereta sebuah pusat membeli-belah menjadi viral sekali gus Ifa mengakui ada membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Tup-tup hari ini Ifa dan Sheeda tampil membuat pengakuan bahawa semua yang berlaku itu hanyalah sekadar gimik dan lakonan semata-mata.

Ifa menerusi laman Instagramnya menulis, “HAHA…JOM KITA TENGOK VIDEO INI DAPAT BERAPA JUTA VIEWS PULAK?”

“Kalau benda tak elok, sekejap jer naik views, kalau video elok…tak ada orang nak tengok!!!…

“Kepada timbalan saya dalam @bintangdangdutmalaysia Sheeda, walaupun kadang-kadang kita berbeza pendapat, persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat!

“Aku dengan ikhlas hati memohon maaf atas keterlanjuran kata atau segala yang berlaku sepanjang persahatan kita. Love you Sheeda,” tulisnya.

Sementara itu, Sheeda turut memuat naik satu status berbunyi, “Memang kami dah lama tidak bertegur sapa sebelum ini tapi kami sudah pun berdamai. Kami hanya bergurau jadi korang semua jangan nak serius sangat ok dan dengan hashtag #akakakakgurauje.

Hmmm, lepas ini artis mana pula nak buat gimik agar nama mereka jadi perhatian dan siulan masyarakat?… – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Ifa Raziah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button