• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Priyanka Chopra Bakal Gayakan Gaun Kahwin Rekaan Ralph Lauren

Majlis perkahwinan di antara pasangan popular Nick Jonas, 26, dan tunangnya, Priyanka Chopra dijangka bakal menghiasi radar hiburan antarabangsa apabila mereka akan dinikahkan pada hujung minggu ini.

Pasangan ini dikatakan bakal berkahwin di sebuah lokasi rahsia di Jodhpur, India, Ahad ini.

Priyanka, 36, dijangka akan menggayakan gaun rekaan khas pereka terkenal, Ralph Lauren. Wakil jenawa mewah itu mengesahkan perkara tersebut menerusi kenyataan media, “Priyanka akan memakai gaun yang direka oleh Ralph Lauren. Bukan hanya sepasang sebaliknya beberapa pasang.”

Ini bukan kali pertama aktres kelahiran Jamshedpur, India itu bekerjasama dengan Ralph sebaliknya mereka pernah berkolaborasi di majlis keraian amal, Met Gala 2017 yang mana Priyanka memakai gaun hitam berkilat Ralph.

Ia juga merupakan majlis pertama yang menemukan Priyanka bersama bakal suaminya itu.

Walaupun mempunyai jarak umur yang agak ketara, hubungan pasangan ini mendapat restu ahli keluarga daripada kedua-dua pihak.

Malah kebanyakan peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan penyatuan cinta selebriti daripada dua budaya ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend