
Rain & Kim Tae Hee Bergaya Ringkas Bercuti Di Palau
Pasangan selebriti terkenal Korea Selatan, Rain dan isteri, Kim Tae Hee baru-baru ini dilaporkan sedang menikmati percutian serba ringkas di Kepulauan Palau.
Diketahui pasangan yang sangat low profile dan mementingkan privasi, percutian mereka berjalan dalam keadaan santai di mana Rain dan isterinya kelihatan sama seperti orang kebanyakan yang tidak terlalu bergaya mewah ketika melancong.
Foto-foto mereka yang sempat ditangkap secara curi-curi oleh peminat kemudiannya bertebaran di laman sosial Weibo.
Pelbagai aktiviti dilakukan pasangan suami isteri itu termasuk menyelam di dasar laut, membeli-belah di pasar tempatan dan lain-lain lagi.
Mereka juga dilaporkan sempat menghabiskan masa di Hong Kong sebelum menyambung percutian di Palau.
Rain yang sebelum ini cukup popular dengan drama bersiri Full House mendirikan rumah tangga dengan aktres cantik itu pada 19 Januari 2017 selepas hampir lima tahun menyulam cinta. – KopiPlanet.com



